Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-21
HaiPress

Setiausaha Agung PKR,Datuk Dr Fuziah Salleh/Foto BERNAMA
SEREMBAN,21 Julai -Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bercadang untuk menggantung keahlian sembilan ahli parlimen parti itu yang lantang menyuarakan desakan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan berhubung isu pelantikan badan kehakiman.
Setiausaha Agung PKR,Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan bahawa isu penggantungan tidak berbangkit memandangkan Ahli Parlimen tersebut hanya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.
“Yang Berhormat Presiden sudah mengatakan bahawa isu itu tidak timbul. Apa yang berlaku sebelum ini adalah anggota di cabang meluahkan perasaan mereka. Itu sesuatu yang kita tidak boleh ketepikan atau nafikan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Seminar Pemantapan Organisasi Parti di sini pada Ahad.
Pada majlis itu,Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira satu jam bertemu semua Pimpinan Cabang,Angkatan Muda Cabang dan Wanita Cabang yang menang serta semua calon yang bertanding dalam Pemilihan Parti 2025 di Negeri Sembilan.