Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-24
HaiPress

Perdana Menteri ketika pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang. - Foto FB ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR,24 Julai -Institusi fatwa perlu bergerak secara kolektif dan memastikan fatwa yang ingin dikeluarkan adalah hasil daripadaperolehan maklumat serta analisis mendalam terhadap sesuatu permasalahan oleh golongan pakar danberkelayakan.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimberkata,perkara itu antara yang disentuh pada pertemuan beliau denganAhli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang diketuaiMuftinya,Profesor Madya Dr Mohd Sukki Othman.
“Tanggungjawab mengeluarkan fatwa adalah tugas yang luhur dan penting dalam menjawab serta menjelaskan hukum demi pencerahan dan kefahaman umat.
“Umat perlukan fatwa yang menepati realiti setempat dan juga zaman selain mewujudkan kemahiran baharu untuk berinteraksi dengan permasalahan dan isu semasa bagi manfaat umum,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Pada pertemuan sama,Perdana Menteri turutbertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan ilmu khususnya hal ehwal fiqh,maqasid syariah dan ikhtiar mengukuhkan penyelidikan isu berkaitan fatwa.