Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-24
HaiPress

FOTO PENGGUNA MEDIA SOSIAL
SEREMBAN,24 Julai - Tiga penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas dipercayai ketika berkonvoi dalam kejadian di KM262 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi tadi.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu,kesemua lelaki itu dalam perjalanan dari sebuah kedai makan di sini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes masih dalam siasatan.
"Maklumat awal kita terima tiga maut di tempat kejadian dengan seorang kritikal dan sedang dirawat di hospital manakala 10 lagi cedera.
“Siasatan masih dijalankan dan laporan lanjut akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada Bernama di sini hari ini.- BERNAMA