Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-24
HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,24 Julai - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Khamis,disokong oleh langkah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Jumlah mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM13.51 bilion,manakala dalam sistem Islam berjumlah RM27.42 bilion.
Pada hari ini,BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik bernilai RM2.5 bilion bagi tempoh tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk tempoh 32 hari.
Selain itu,bank pusat turut melaksanakan tender repo berbalik Islam berjumlah RM480 juta bagi tempoh tujuh hari dan tender repo berbalik semalaman sebanyak RM5.0 bilion.
BNM turut memaklumkan bahawa kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar akan tersedia bagi tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4 petang,BNM dijadualkan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM22.5 bilion dan lelongan semalaman murabahah sebanyak RM28.2 bilion.