
Mangsa,cedera parah di kepala selepas terjatuh dan terhantuk batu tajam di Gunung Mulu
MIRI,25 Julai - Seorang pendaki warga emas yang cedera parah di kepala selepas terjatuh dan terhantuk batu tajam di Gunung Mulu,Miri di Sarawak berjaya diterbangkan ke Hospital Miri kira-kira empat petang semalam.
Lelaki berusia 75 tahun itu diterbangkan menggunakan helikopter milik syarikat penerbangan swasta.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi,Penolong Penguasa Bomba Jessbent Jenus berkata,kejadian berlaku semasa mangsa,Elisa Paul @ Lisa Paul dalam perjalanan pulang ke Kem Lima,Taman Negara Mulu.
Sebelum itu,dia mengikuti program mendaki Gunung Mulu bersama kumpulannya,namun tidak dapat meneruskan pendakian dan berpatah balik.
Dia dijumpai pemandu pelancong 500 meter dari kem tersebut.
Mangsa,diterbangkan ke hospital menggunakan helikopter milik syarikat penerbangan swasta
Panggilan kecemasan diterima daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Di Gunung dan Gua,MOCSAR di Mulu pada 12.45 tengah hari.Mangsa diberi rawatan awal di lokasi bagi menghentikan pendarahan.Lokasi kejadian sukar diakses kerana jarak perjalanan kaki antara Pejabat Utama Taman Negara Mulu dan Kem Lima mengambil masa hingga lima jam.Beliau menyatakannya ketika dihubungi RTM.