Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-25
IDOPRESS

Penduduk menyaksikan lima buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Hilir,Sibu pagi tadi
SIBU,25 Julai - Lima buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Hilir,Sibu pagi tadi.
Ketua Zon Empat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak,Andy Alie berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.11 pagi.
20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan Sungai Merah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati rumah jenis kayu di tebing sungai terbakar sepenuhnya. Jumlah mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya di lokasi.
Beliau memaklumkan,kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.40 pagi dan kerja 'overhaul' sedang dijalankan.
Sementara itu,anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),Stanly Renno memberitahu,beliau terjun ke sungai menyelamatkan seorang warga emas orang kelainan upaya (OKU) yang melompat keluar dari tingkap rumahnya.
“Mangsa ditemui berpaut pada pokok teratai dalam keadaan lemah sebelum dihantar ke Hospital Sibu,” katanya.
Setakat ini,Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan lebih 40 mangsa terjejas telah mendaftar untuk bantuan.