Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-30
HaiPress

Amaran tsunami di Jepun,Amerika Syarikat,Filipina dan Indonesia / Foto AFP
KUALA LUMPUR,30 Julai - Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka,Rusia,menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa pada 7.24 pagi ini waktu Malaysia berlaku pada jarak 107 kilometer Tenggara dari Petropavlovsk Kamchatskiy,Rusia dengan kedalaman 42 kilometer.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS),gempa bermagnitud 8.7 itu berlaku 126 km ke timur-tenggara Petropavlovsk-Kamchatsky.
Media antarabangsa melaporkan beberapa negara mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa itu antaranya Jepun,Filipina dan Indonesia. - BERNAMA