Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-30
HaiPress

Foto portal hrdcorp
KUALA LUMPUR,29 Julai - Tarikh akhir pembayaran levi pembangunan sumber manusia (PSM) untuk Ogos 2025 dilanjutkan kepada 19 September ini,susulan pengumuman cuti umum tambahan pada 15 September.
Menurut Human Resource Development Corporation (HRD Corp),langkah ini bertujuan memberikan kelonggaran kepada majikan berdaftar yang mungkin terkesan dengan cuti hujung minggu yang panjang.
''Seperti yang termaktub di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) 2001,semua majikan berdaftar diwajibkan membuat pembayaran levi PSM pada atau sebelum 15 hari bulan setiap bulan.
''Langkah ini juga selari dengan prinsip 3K yang diterapkan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) iaitu Kebajikan,Kemahiran dan Keberhasilan Pekerja,'' jelas HRD Corp dalam satu kenyataan,hari ini.
Sebarang pertanyaan lanjut,majikan boleh menghubungi talian sokongan HRD Corp di 1300 88 4800 atau melalui e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..