Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-07-30
IDOPRESS

FOTO Iskandar Malaysia
JOHOR BAHRU,30 Julai – Program Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) berjaya mengurangkan 11.5 juta kilogram pelepasan karbon di Johor sejak 2015 hingga tahun lalu.
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA),Datuk Mohd Noorazam Osman berkata,pencapaian itu bersamaan penyerapan karbon 742,966 batang pokok.
Penglibatan aktif murid,guru,ibu bapa dan komuniti turut menjimatkan RM15.2 juta melalui penggunaan elektrik dan air secara berhemah,selain meningkatkan kesedaran rendah karbon dalam kalangan 500,000 murid sekolah kepada 86.5 peratus.
Sejak 2014 hingga tahun ini,sebanyak 2.7 juta kilogram barangan terpakai berjaya dikumpulkan melalui aktiviti kitar semula program tersebut,yang disertai 909 sekolah rendah seluruh Johor.