Tangani kesenjangan pembangunan antara wilayah

2025-07-31     IDOPRESS

Pembangunan infrastruktur berskala besar seperti ECRL kekal sebagai keutamaan demi memperkukuh keterhubungan antara wilayah.

KUALA LUMPUR,31 Julai - Kerajaan komited menangani kesenjangan pembangunan antara wilayah bagi memastikan rakyat di desa,termasuk di negeri negeri kurang membangun agar limpahan manfaat pembangunan diterima secara adil,menyeluruh dan inklusif

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar ibrahim berkata,usaha itu digaris inisiatif keempat Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) iaitu menyeimbangkan kemajuan ekonomi wilayah dan pengukuhan pembangunan desa.

Beliau berkata,tumpuan diberikan kepada usaha memperkukuh infrastruktur asas,merangsang aktiviti ekonomi dan menggalakkan pelaburan strategik.

Usaha iu tertumpu di desa dan kawasan pembangunan seperti FELDA,FELCRA dan lembaga kemajuan wilayah.

"Seiring itu,pelaburan berimpak tinggi akan diperluas ke luar kawasan tumpuan utama pembangunan kawasan Perindustrian Lembah Chuping dan Pelabuhan Darat Perlis,Taman Perindustrian Hijau Bersepadu,Kerian dan Bandar Perindustrian Maritim Lumut,Perak,Taman Perindustrian Tok Bali,Kelantan dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu,Sabah," katanya ketika pembentangan RMK13,di Parlimen.

Dalam masa sama,pembangunan infrastruktur berskala besar juga kekal sebagai keutamaan demi memperkukuh keterhubungan antara wilayah serta merangsang pertumbuhan kawasan sekitar secara terancang.

"Antara projek yang dilaksanakan ialah pembinaan ECRL yang menghubungkan Kelantan,Terengganu,Pahang dengan pantai barat Semenanjung,landasan berkembar Gemas-Johor Bahru dan E-ART Wilayah Iskandar,Johor dan Projek LRT Laluan Mutiara,Pulau Pinang," katanya.

Menurut Perdana Menteri,inisiatif sama turut mempercepat pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang menyatukan elemen pengangkutan dengan perumahan,komersial dan perkhidmatan kaunter awam.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.