Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-01
HaiPress

Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
KUALA LUMPUR,31 Julai- Peruntukan sebanyak RM40 bilion untuk sektor kesihatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bukti komitmen kerajaan kepada rakyat.
Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata usaha itu merealisasikan matlamat liputan kesihatan sejagat (UHC) sekali gus memastikan tiada rakyat tercicir daripada mendapat akses perkhidmatan kesihatan berkualiti.
"Jadi,ini secara nyata menunjukkan komitmen Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kepekaan dan kepentingan dalam memastikan sektor kesihatan terus diangkat.
Saya mahu tanggungjawab dan amanah ini dipikul seluruh keluarga besar Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memacu dan melunaskan keperluan melaksanakan reformasi kesihatan ini serta meningkatkan sistem penyampaian kesihatan agar kita dapat capai kesihatan sejagat," kata Datuk Seri Dr. Dzulkefly kepada pemberita,malam tadi.
Beliau ditemui selepas Majlis Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 7,di sini.
Turut hadir,Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Menurutnya,peningkatan peruntukan berbanding kira-kira RM35 bilion sebelum ini,merupakan isyarat kukuh kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar komited memacu reformasi menyeluruh dalam sistem kesihatan negara.