Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-01
HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,1 Ogos - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi kebanyakannya pada Jumaat,mencerminkan kenaikan dalam pasaran tunai.
Pada 9.23 pagi,Ogos 2025 dan September 2025 masing-masing meningkat 8.5 mata kepada 1,526.50 dan 1,507.00 manakala Disember 2025 menambah 6.0 mata kepada 1,506.50 namun,bulan yang baru disenaraikan Mac 2026 susut 12.5 mata kepada 1,488.00.
Jumlah dagangan sebanyak 1,705 lot manakala kepentingan terbuka pada 38,205 kontrak.
Selepas 44 minit dagangan,FBM KLCI meningkat 14.37 mata kepada 1,527.62 daripada 1,513.25 ketika ditutup semalam. - BERNAMA