Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-07
HaiPress

Foto RTM
KANGAR,7 Ogos -Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia,kibaran Jalur Gemilang menghiasi bukan sahaja di kawasan kediaman penduduk malah di pelbagai lokasi seluruh Perlis.
Inisiatif itu bagi menyahut seruan 1 Rumah 1 Jalur Gemilang yang kini terus disemarakkan komuniti setempat menjelangnya Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar Hamunir Hamzah berkata,sambutan masyarakat setempat khususnya di Parlimen Kangar mengibarkan Jalur Gemilang semakin terserlah bukan sahaja rumah-rumah,malah premis-premis perniagaan terus menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.
"Penduduk menyambut baik inisiatif digerakkan kerajaan dalam kita menyemarakkan bulan kebangsaan dan membuktikan semangat cintakan negara terus tersemat kukuh dalam diri," katanya kepada pemberita pada Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang sekitar Parlimen Kangar dan Padang Besar.
Sementara itu,bagi Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Padang Jamil Kamarudin Malek,ketika ini kibaran Jalur Gemilang terus meriah dengan penglibatan bersama pelbagai jabatan dan agensi yang melaksanakan kempen kibar Jalur Gemilang bersama komuniti selain program Semarak Merdeka yang dilaksanakan.
Pemuda UMNO Bahagian Kangar,Shaiful Fariddil Jasmi pula berkata,pelbagai program kemerdekaan perlu dilaksanakan bagi menyemarakkan semangat patriotik dengan menyantuni dan mendekati penduduk secara langsung.