Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-08
HaiPress

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
MOSCOW,7 Ogos - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat melawat Tochka Kipeniya,sebuah pusat teknologi dan inovasi di Moscow,sebagai sebahagian daripada lawatan negara ke Rusia.
Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut Penasihat kepada Presiden Persekutuan Rusia Dimitry Peskov dan Naib Presiden Kanan Institut Sains dan Teknologi Skolkovo (Skoltech) Alexey Ponomarev.
Mengiringi Seri Paduka Baginda,Menteri Pertahanan merangkap Menteri Pengiring Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.
Sepanjang sesi lawatan selama satu jam itu,Sultan Ibrahim berkenan meninjau pameran teknologi dron Rusia dan dipersembahkan taklimat mengenai pelbagai inisiatif pembangunan teknologi kepada Seri Paduka Baginda oleh Peskov.
Pameran itu turut mempamerkan pelbagai jenis dron yang direka untuk pelbagai aplikasi,sekali gus memperlihatkan keupayaan Rusia yang semakin berkembang dalam sektor sistem penerbangan tanpa juruterbang. -BERNAMA