Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-08
HaiPress

Datuk Mohd Rashid Mohamad
KUALA LUMPUR,7 Ogos – Kerjasama RHB-MRL menerusi Ekosistem Kewangan ESG (Alam Sekitar,Sosial dan Tadbir Urus) 360 Darjah akan melengkapkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam kewangan Islam mampan,serta berfungsi sebagai pelan induk bagi mengintegrasikan prinsip kemampanan dalam pembiayaan infrastruktur berskala besar.
Ketua Pegawai Eksekutif RHB,Datuk Mohd Rashid Mohamad berkata,kerjasama itu membuka potensi besar dalam memperkukuh ekosistem kewangan menyeluruh.
"Ini adalah transaksi pertama di pasaran Malaysia yang menutupi seluruh ekosistem dari terbitan bon dan sukuk kepada penghantaran serta pembayaran deposit ESG. Ia tidak mungkin berlaku tanpa kolaborasi erat dengan pihak MRL," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyempurnaan Ekosistem Kewangan ESG (Alam Sekitar,Sosial dan Tadbir Urus) 360 Darjah RHB-MRL di sini.
Isu perubahan iklim,jurang sosial dan keperluan kepada tadbir urus yang telus bukan lagi cabaran yang harus dilengahkan,justeru agenda ESG kini menjadi keperluan teras dalam operasi perniagaan dan memerlukan tindakan menyeluruh,bersifat strategik dan kolaboratif.