Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-11
HaiPress

Foto BERNAMA
PETALING JAYA,10 Ogos - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga 9.00 malam ini.
MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perlis,Kedah,Pulau Pinang,dan Perak melibatkan beberapa kawasan iaitu Kerian,Larut,Matang,Selama,Hulu Perak,Kuala Kangsar,Manjung,Kinta dan Perak Tengah serta di Kelantan (Tumpat,Pasir Mas,Kota Bharu,Jeli,Tanah Merah,Bachok,Machang,Pasir Puteh dan Kuala Krai).
Keadaan cuaca sama turut dijangka di beberapa kawasan di Terengganu iaitu Besut,Setiu,Dungun dan Kemaman dan di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron,Lipis,Jerantut,Bentong,Kuantan dan Rompin.
Manakala di Selangor iaitu Gombak,Petaling dan Hulu Langat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Negeri Sembilan (Jelebu) serta Johor (Kluang,Mersing,Kulai,Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Sementara itu,di Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching),Serian,Samarahan,Sibu,Mukah (Matu,Dalat dan Mukah),Kapit (Song,Kapit dan Bukit Mabong),Bintulu (Tatau) dan Limbang dan di negeri Sabah iaitu pedalaman (Sipitang,Tenom,Kuala Penyu,Beaufort,Keningau dan Tambunan),Pantai Barat,Sandakan (Beluran) dan Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.