Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-11
HaiPress

Ringgit dijangka kekal stabil minggu depan disokong kestabilan ekonomi domestik dan prestasi lemah dolar AS.
KUALA LUMPUR,9 Ogos- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan pelabur terus memantau perkembangan luaran,khususnya kesan pelaksanaan tarif AS.
Mata wang tempatan itu dijangka mendapat sokongan daripada kestabilan ekonomi domestik dan prestasi dolar AS yang lemah.
Cadangan Presiden Donald Trump untuk mengenakan cukai ke atas cip dan produk farmaseutikal dijangka terus melemahkan sentimen terhadap aset berisiko.
Pelabur turut menumpukan perhatian kepada tekanan yang dihadapi kumpulan BRICS serta petunjuk ketegangan dalam rundingan perdagangan antara AS dan China.
Bagi minggu ini,ringgit diniagakan lebih tinggi dalam julat 4.23 hingga 4.24 berbanding dolar AS susulan laporan data pekerjaan negara maju itu yang lebih lemah daripada jangkaan awal,sekali gus menurunkan nilai mata wang tersebut.