Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-11
HaiPress

Presiden Institut Percukaian Malaysia (CTIM),Soh Lian Seng/ Foto RTM
KUALA LUMPUR,9 Ogos - Peluasan cukai pro-kesihatan yang diumumkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) adalah bertepatan dengan usaha untuk meningkatkan hasil percukaian secara mampan bagi menampung keperluan fiskal negara.
Presiden Institut Percukaian Malaysia (CTIM),Soh Lian Seng berkata,langkah itu bukan sahaja menjana pendapatan tambahan,malah menggalakkan gaya hidup lebih sihat,selaras dengan objektif kesihatan awam.
''Pelaksanaan dalam tempoh terdekat wajar disertai tempoh persediaan yang mencukupi kepada industri dan masyarakat.
''Pendekatan berfasa,bersama program kesedaran awam serta insentif kepada pengeluar untuk menghasilkan alternatif yang lebih sihat,diyakini mampu mengurangkan impak negatif dan memastikan penerimaan yang lebih baik,'' kata beliau kepada RTM,di sini.
Mengulas lanjut,peluasan cukai pro-kesihatan katanya,berpotensi meningkatkan produktiviti rakyat dan menyumbang kepada penjimatan kos kesihatan awam untuk tempoh jangka panjang melalui pengurangan penyakit tidak berjangkit (NCD).
Ketika membentangkan RMK13 minggu lalu,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperluaskan cukai prokesihatan daripada gula kepada produk seperti tembakau,rokok elektronik atau vape dan alkohol.
Kerajaan ketika ini sedang mempertimbangkan cadangan bagi menaikkan kadar cukai tembakau yang juga sejajar dengan komitmen kerajaan bagi pembaharuan kesihatan awam dan fiskal.