Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-11
HaiPress

Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR,9 Ogos - Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan aliran meningkat minggu hadapan,dengan pasaran tempatan dijangka mengambil petunjuk daripada prestasi emas di COMEX Amerika Syarikat.
Kenaikan itu dijangka dipacu oleh pengumuman data Indeks Harga Pengguna Amerika Syarikat pada Selasa,yang berpotensi mempengaruhi hala tuju dasar monetari Rizab Persekutuan.
Penganalisis mengunjurkan harga berkemungkinan menembusi paras rintangan 3,450 dolar Amerika setiap auns troy,sekali gus membuka ruang kenaikan ke paras 3,500 dolar Amerika setiap auns troy.
Dalam senario pasaran menaik,paras rintangan lazimnya lebih mudah ditembusi dan paras sokongan segera dijangka muncul pada sekitar 3,350 dolar Amerika setiap auns troy.