Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-12
HaiPress

Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
KUALA LUMPUR,12 Ogos - Tiada sebarang diskriminasi terhadap mana-mana Orang Kurang Upaya (OKU) yang layak untuk melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata,tinjauan sering dilakukan bagi memastikan setiap IPT memiliki dan sentiasa menambah baik kemudahan yang mesra OKU.
"Saya sering melakukan tinjauan bagi memastikan kemudahan OKU ada di setiap kampus. Alhamdulillah,kita baiki dari semasa ke semasa. Kalau ada kekurangan,kita tambah apa yang perlu bagi memastikan kemudahan dapat disediakan," katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.
Beliau menjelaskan mengenai rekod permohonan OKU yang tidak diterima untuk melanjutkan pengajian ke IPT,meskipun layak.
Menurut Zambry,setiap IPT perlu mengambil maklum status seseorang OKU sebelum menerima mereka bagi mengelakkan kesukaran pelajar tersebut di kampus.