Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-12
HaiPress

Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
KUALA LUMPUR,12 Ogos - Tujuh langkah yang ditetapkan bagi menangani kes disiplin di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dilihat mampu mengurangkan kejadian buli dalam kalangan mahasiswa.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata,pihaknya sentiasa komited untuk memastikan keselamatan mahasiswa di kampus kekal terjamin.
"KPT tidak akan melindungi pelaku serta akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan secara telus dan profesional bagi kes buli yang berlaku di IPT. KPT juga komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di kampus sentiasa terpelihara," katanya.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Alor Setar,Afnan Hamimi Taib Azamudden semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.
Tegas Zambry,kementerian tidak akan melindungi mana-mana pihak jika didapati bersalah dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kes buli.