Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-12
HaiPress

Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Lukanisman Awang Sauni
KUALA LUMPUR,12 Ogos-Sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) bakal dilaksana bermula tahun depan dengan pengenalan Insurans Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT).
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni menjelaskan,MHIT asas berfungsi sebagai platform seragam untuk memastikan keterusan dan keberkesanan penggunaan sistem pembayaran berasaskan DRG.
"Pelaksanaan sistem DRG sektor swasta adalah langkah interim bagi membendung kenaikan kos perubatan swasta yang membebankan rakyat dengan metodologi sedikit berbeza daripada DRG Kebangsaan.
"DRG sektor swasta dibangunkan selari dan boleh digabungkan melalui kebolehoperasian sistem dengan DRG kebangsaan kelak," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Ahli Parlimen Pulai,Suhaizan Kaiat mengenai rancangan lima tahun kerajaan untuk memperkenalkan sistem DRG sebagai langkah menyelaraskan penstrukturan kos kesihatan memandangkan terdapat banyak aduan di hospital swasta berhubung kos rawatan yang tinggi.
DRG Kebangsaan dirangka seawal 2023 dengan pelan lima tahun bagi pelaksanaan seluruh negara bermula 2027 dan langkah itu membuktikan KKM sentiasa komited dalam penyelarasan penstrukturan kos kesihatan dan pelaksanaan.