Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-12
HaiPress

Penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil jabatan dan agensi kerajaan di Labuan
LABUAN,12 Ogos - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan menyerahkan 1,500 Jalur Gemilang kepada 15 jabatan dan agensi kerajaan.
Penolong Pengarah MKN Labuan,ASP Seriyady Ak Terun berkata,peranan penting perlu dimainkan semua jabatan serta agensi kerajaan bagi menjayakan agenda dan aspirasi kerajaan,selari dengan konsep 'Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni'.
"Jalur Gemilang diharap dapat dikibarkan di setiap bangunan,premis dan kenderaan kerajaan sebagai simbolik menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia",katanya dalam Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di sini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Azman Sipan,Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Abd Rahman Ali,Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan Horwad Martin Kim Sung @Cornelius,serta ketua-ketua dan wakil jabatan kerajaan.