Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-15
HaiPress

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,14 Ogos – Penghasilan visual Jalur Gemilang menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) tidak seharusnya berlaku,sebaliknya ia perlu diteliti secara terperinci sebelum dipasang atau dimuat naik menerusi platform media sosial.
Menurut Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan (Japen),Mohd Sabri Abdullah,kesilapan pada Jalur Gemilang dikuatiri akan menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat.
"Semakan kualiti secara manual perlu dilakukan bagi memastikan tiada sebarang kesilapan sebelum diterbitkan. Tidak dinafikan penggunaan AI menjimatkan masa,namun semakan teliti perlu dilakukan.
"Model latihan AI tidak khusus pada bendera Malaysia dan mungkin tidak mempunyai rujukan rasmi tepat serta cenderung menggabungkan pelbagai unsur daripada contoh berbeza,menyebabkan kesilapan pada grafik,nisbah,bilangan jalur atau arah dan kedudukan simbol Jalur Gemilang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat media berhubung Kecerdasan Buatan (AI),Identiti Nasional: Memelihara dan Menghormati Jalur Gemilang Di Alam Digital sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 di sini.
Taklimat Khas anjuran Jabatan Penerangan Malaysia itu turut merangkumi penerangan mengenai Akta dan Protokol Penggunaan Jalur Gemilang dan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.