Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-19
HaiPress

Foto / BERNAMA
KUALA LUMPUR,18 Ogos - Dagangan sekuriti berkaitan dengan FGV Holdings Bhd akan digantung berkuat kuasa 25 Ogos ini.
Menurut Bursa Malaysia,langkah itu selaras dengan Perenggan 16.02(3) Kehendak-Kehendak Penyenaraian Pasaran Utama.
FGV dalam kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia menjelaskan,Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersama pihak-pihak yang bertindak untuk matlamat yang sama (PAC) kini memegang lebih 90 peratus saham FGV,dan Felda tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV di Pasaran Utama.
“Justeru,Felda akan memperoleh FGV untuk melaksanakan semua langkah yang diperlukan bagi mengeluarkan status penyenaraiannya daripada Senarai Rasmi selaras Perenggan 16.07 Kehendak-Kehendak Penyenaraian,” jelasnya.
Laporan sebelum ini memaklumkan,Felda bersama PAC telah berjaya memperoleh 94.97 peratus daripada jumlah saham terbitan FGV,meliputi 3.46 bilion saham,sekali gus membuka jalan untuk penyahsenaraian FGV daripada Pasaran Utama.##