Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-20
HaiPress

Foto- RTM
PUTRAJAYA,20 Ogos - Seorang Ketua Penolong Pengarah sebuah jabatan kerajaan direman empat hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu disyaki meminta dan menerima tajaan lebih RM50,000 daripada beberapa syarikat serta individu,bagi membiayai perjalanan ke luar negara.
Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan reman sehingga 23 Ogos selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Suspek ditahan pada pukul 6.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya.
Siasatan awal mendapati tajaan itu diterima suspek antara Mac 2023 hingga Januari 2025,berkaitan Projek Ladang Eksport Orkid Dubai bernilai RM125 juta.
Pengarah SPRM Putrajaya,Azizul Ahmad Sarkawi,mengesahkan penahanan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.