Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-21
HaiPress

Allahyarham Azizi Harun merupakan Penerbit Rancangan di Unit Antarabangsa,Bahagian Berita Ehwal Semasa RTM
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil,turut berduka menerima khabar pemergian seorang lagi warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang cukup berdedikasi dalam menjalankan tugas.
Menerusi hantaran di Facebook,beliau turut mengucapkan takziah buat seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham Azizi Harun.
"Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman," katanya.
Allahyarham merupakan Penerbit Rancangan di Unit Antarabangsa,Bahagian Berita Ehwal Semasa RTM,telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.57 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Azizi,55,dikejarkan ke PPUM selepas rebah ketika mengikuti perlawanan bola tampar di Kompleks Sukan,Angkasapuri Kota Media,petang tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri,dua anak lelaki dan dua anak perempuan berusia 10 hingga 30 tahun.