Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-28
HaiPress

Foto hiasan
SEREMBAN,27 Ogos - Negeri Sembilan merekodkan penurunan jumlah penagih dadah kira-kira 900 kes setakat ini,menjadikan hanya 5,600 penagih dadah sedia ada di negeri itu.
Menteri Besar,Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,penurunan itu menjadikan negeri itu sebagai negeri kedua terendah mencatatkan jumlah penagih dadah di negara ini.
"Banyak kawasan telah kita hijaukan,dan yang menariknya ia mendapat kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),komuniti setempat serta pimpinan masyarakat yang sangat baik,khususnya di Negeri Sembilan.
"Paling penting,program titik sentuh ini memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan semua pihak yang dirasakan perlu ditemui. Setakat ini,kita telah mencapai hampir lebih setengah juta orang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media pasca Mesyuarat Mingguan Kerajaan Negeri,Negeri Sembilan di sini.