Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-28
HaiPress

Tempoh promosi lebih 40 hari,ITM 2025 langkah strategik menjelang Visit Malaysia 2026
KUALA LUMPUR,26 Ogos – Bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim nombor satu dunia,Islamic Tourism Month (ITM) 2025 atau Bulan Pelancongan Islam 2025 kembali dengan edisi keempat,menampilkan lebih 300 jenama tempatan dan antarabangsa.
Dianjurkan oleh Pusat Pelancongan Islam (Islamic Tourism Centre,ITC),ITM 2025 berbeza daripada pameran konvensional kerana ia merupakan kempen promosi berskala nasional yang menghimpunkan pelbagai produk serta perkhidmatan pelancongan Islamik. Inisiatif ini sekali gus membuka peluang lebih luas kepada perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Pelancaran media ITM 2025 yang berlangsung di Suria KLCC telah disempurnakan oleh Nur Alyssa Coraline Yussin,Pemangku Ketua Pengarah ITC,yang mewakili Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya,Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.
“Tahun ini,ITM menampilkan lapan kategori utama iaitu penginapan,pakej pelancongan,spa,kecantikan dan kesihatan,membeli-belah,makanan dan minuman,acara serta pameran,hari terbuka masjid,selain tarikan pelancongan dan taman tema. Antara jenama serta rakan strategik yang turut serta ialah Islamic Cruise,Express Rail Link (ERL) dan Siti Khadijah,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2022,ITM telah menjana lebih RM5 juta jualan,selain mencatatkan penyertaan aktif daripada masjid pelancongan yang dijangka terus meningkat pada tahun ini.
Dengan tempoh promosi lebih 40 hari,ITM 2025 turut dianggap sebagai langkah strategik menjelang Visit Malaysia 2026,memberi momentum awal dalam memperkukuh penjenamaan Malaysia sebagai hab pelancongan halal global,sekali gus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi melalui sektor pelancongan mesra Muslim.