Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-29
HaiPress

Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto RTM
BUSAN,28 Ogos - Rakyat Malaysia di perantauan memainkan peranan penting sebagai wakil kepada negara.
Menurut Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof,Ia meliputi budaya,cara hidup serta bagaimana untuk menyesuaikan diri khususnya di negara yang didiami.
"Sebab bagi saya tuan-tuan dan puan-puan merupakan duta kepada negara kita sama ada kita bekerja,bekeluarga,belajar. Tuan-tuan yang akan membawa imej negara kita untuk memperkenalkan budaya negara kita dan bagaimana kehidupan kita untuk kita sesuaikan dengan rakyat tempatan khususnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Diaspora Malaysia di Busan,Korea.
Datuk Seri Fadillah turut bertukar pandangan mengenai pemerintahan Malaysia,perkembangan sektor tenaga negara.
Seramai 50 diaspora hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar,tenaga profesional,serta keluarga yang menetap di Busan dan kawasan sekitarnya.
Setakat ini,terdapat seramai lebih 1,200 warga Malaysia yang menetap di Korea.