Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-29
HaiPress

Perdana Menteri meluangkan masa hampir 20 minit di lokasi berkenaan. - Foto BERNAMA.
PUTRAJAYA,29 Ogos - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri sesi raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang berlangsung di Dataran Putrajaya,pagi ini.
Ketibaan beliau pada pukul 8.38 pagi disambut Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.
Datuk Seri Anwar berada hampir 20 minit di lokasi tersebut dengan menyantuni peserta persembahan teres grafik manusia,melibatkan 2,000 pelajar yang bakal mempersembahkan formasi sempena acara kemuncak 31 Ogos ini.
Selain penyertaan kontinjen perbarisan,raptai penuh pagi ini turut dimeriahkan dengan kehadiran orang awam yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persiapan sambutan.