Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-08-29
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,29 Ogos - Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.
Pada 9.33 pagi,kontrak bulan semasa Ogos 2025 merosot 5.5 mata kepada 1,583.0,September 2025 berkurangan 5.0 mata kepada 1,557.0,Disember 2025 susut 7.5 mata kepada 1,550.0 dan Mac 2026 berkurangan enam mata kepada 1,533.
Jumlah dagangan sebanyak 2,715 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 53,138 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 6.09 mata kepada 1,580.98 selepas 37 minit dagangan daripada 1,587.07 pada Khamis. - BERNAMA