Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-01
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,31 Ogos -Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada beregu campuran negara,Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang muncul juara Kejohanan Badminton Dunia,di Paris,sebentar tadi.
Gandingan keempat dunia itu mencatat kemenangan 21-15,21-14 dalam tempoh hanya 40 minit.
Pasangan itu berjaya menundukkan pilihan kedua dari China,Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dalam aksi final yang mendebarkan di Adidas Arena.
"Hadiah Hari Kebangsaan buat Malaysia!
Tahniah kepada pasangan beregu campuran negara,Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,atas pencapaian membanggakan di Kejohanan Badminton Dunia 2025.
Terima kasih kerana telah bekerja keras demi mengharumkan nama negara," katanya dalam platform X.
Sementara itu,Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di Facebooknya turut meletakkan #BWFWorldChampionships2025 #BersamaMalaysiaku.
Manakala Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil turut mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu berkenaan.
Menerusi sebuah hantaran di Facebook,beliau berkata ia adalah hadiah amat bermakna sempena Hari Kebangsaan.
"Tahniah kepada beregu Campuran negara,Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei atas kejayaan membanggakan di pentas dunia.
Terima kasih Wira dan Wirawati Malaysia!",katanya.