Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-01
HaiPress

Rangkaian MyKasih mengalami kesesakan dan prestasi perlahan di beberapa lokasi
PUTRAJAYA,31 Ogos – Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) semalam merekodkan sambutan luar biasa apabila 850,000 penerima berbelanja lebih RM50 juta setakat pukul 9.30 malam.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan,jumlah transaksi yang tinggi menyebabkan rangkaian MyKasih mengalami kesesakan dan prestasi perlahan di beberapa lokasi.
Bagaimanapun,semua transaksi tetap diterima dan diproses.
Bagi memastikan kelancaran seterusnya,Kementerian bersama MyKasih sedang meningkatkan kapasiti sistem selain melaksanakan kerja penyelenggaraan malam ini bagi menstabilkan operasi.
Kementerian turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan menegaskan pemantauan rapi diteruskan agar inisiatif ini berjalan lancar demi manfaat rakyat.