Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-01
HaiPress

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melaksanakan SAR.
BINTULU,1 September - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Sebaru,di sini,malam tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak,panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.45 malam sebelum sembilan anggota digerakkan ke lokasi kira-kira enam kilometer dari balai.
Setibanya di lokasi pada pukul 8.52 malam,pasukan mendapati seorang kanak-kanak dilaporkan hilang dipercayai lemas. Operasi pencarian menggunakan kaedah surface searching kemudian menemukan mangsa kira-kira dua meter dari lokasi pakaian mangsa ditemui.
Kanak-kanak dikenali sebagai Ricky Anak Peter Bandang,itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.
Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.