Thu Sep 04
Niaga hadapan MSM ditutup rendah
Thu Sep 04
Ringgit ditutup tinggi
Thu Sep 04
2025-09-01
HaiPress
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Datuk Johan Mahmood Merican/Foto Fail
KUALA LUMPUR,29 Ogos- Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 membolehkan tindakan punitif terhadap kesalahan utama dalam perolehan kerajaan termasuk larangan berpindah kontrak tanpa kebenaran yang sinonim dengan amalan Ali Baba.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Datuk Johan Mahmood Merican berkata ia merupakan kesalahan jenayah dan mana-mana pihak yang terbabit,termasuk penjawat awam yang telah bersara boleh dikenakan hukuman denda atau penjara.
"Keduanya,dari segi kegagalan membuat penzahiran kepentingan yang juga merupakan langkah untuk menangani isu Ali Baba atau keadaan yang melibatkan sesebuah syarikat mewakili pihak lain.
Selain itu,tindakan undang-undang lebih tegas juga boleh dikenakan sekiranya terdapat campur tangan dalam proses perolehan kerajaan,halangan terhadap tugas pegawai,pemusnahan rekod serta pemberian dokumen atau maklumat palsu," kata Datuk Johan pada sesi taklimat media mengenai RUU berkenaan secara dalam talian,hari ini.
Mengulas lanjut,penubuhan Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan adalah bersifat berkecuali bagi mendengar dan memuktamadkan rayuan ke atas keputusan Panel Kajian Semula.
"Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya perlu dilantik daripada kalangan pegawai kehakiman dan perundangan dan lain-lain ahli tidak boleh dilantik daripada kalangan penjawat awam.
Dengan itu,tribunal ini sememangnya berasingan daripada Kementerian Kewangan (MOF) dalam meneliti aduan,ini juga satu elemen yang diperketatkan," jelasnya.
Tambahnya,RUU yang mendapat kelulusan Dewan Rakyat semalam dijangka akan berkuat kuasa sepenuhnya awal tahun hadapan selepas diluluskan di peringkat Dewan Negara serta digazetkan dengan pekeliling dan peraturan Perbendaharaan berkaitannya dikemas kini.
Beliau turut menegaskan semula bahawa RUU itu tidak memberikan pertambahan kuasa kepada Menteri Kewangan,sebaliknya menjadikan kuasa sedia ada lebih jelas di bawah peruntukan undang-undang.