TM catat keuntungan bersih RM402.97 juta suku kedua 2025

2025-09-01     HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM,Amar Huzaimi Md Deris

KUALA LUMPUR,29 Ogos- Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM402.97 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2025 berbanding RM396.42 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM,Amar Huzaimi Md Deris,prestasi keuntungan bersih yang positif itu mencerminkan ketahanan syarikat dalam menghadapi pasaran kompetitif serta kemajuan berterusan dalam melaksanakan keutamaan strategik kumpulan.

Beliau berkata,selain mengekalkan momentum pertumbuhan hasil dan disiplin kos yang kukuh,TM terus memberi fokus kepada penciptaan nilai serta memastikan pulangan berdaya tahan kepada pemegang saham.

“Sebagai bukti komitmen kami dalam memberikan pulangan mapan kepada para pemegang saham,kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 12.5 sen sesaham,berjumlah RM479.7 juta bagi tahun kewangan 2025,selaras dengan tahun sebelumnya," katanya dalam taklimat prestasi kewangannya.

Syarikat itu juga meneruskan komitmen dalam memastikan keterangkuman digital bagi semua komuniti dan perniagaan dan membangunkan bakat bagi masa depan digital Malaysia.

Dengan pelaburan berterusan dalam infrastruktur yang bersedia untuk masa depan,syarikat tersebut yakin berada pada landasan kukuh untuk merealisasikan aspirasi menjadi peneraju kuasa digital menjelang 2030.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.