Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-01
HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,1 September - Dagangan getah di pasaran Malaysia dijangka mendatar dengan kecenderungan meningkat minggu ini.
Ini susulan keadaan cuaca melampau dan banjir di beberapa negara pengeluar utama.
Presiden Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata,pasaran getah berkemungkinan menunjukkan trend menaik,dipacu oleh gangguan bekalan berterusan susulan taufan Kajiki yang melanda kawasan utama pengeluaran getah di Asia Tenggara.
"Peningkatan jualan kereta baharu di Eropah sebanyak 5.9 peratus pada Julai turut mencerminkan permintaan kukuh daripada pasaran pengguna utama,sekali gus menyokong harga getah." katanya.
Mengulas lanjut,Pakar Industri Denis Low berkata,hujan lebat dan angin kencang telah merosakkan tanaman di beberapa kawasan,sekali gus menjejaskan produktiviti serta pengeluaran getah secara sementara.
Tambah beliau,ketidaktentuan berkaitan tarif juga memberi kesan besar terhadap perdagangan serta ekonomi global.
Bagaimanapun,potensi ketegangan perdagangan dilihat masih boleh mengekang sentimen pasaran.
Berasaskan dagangan Jumaat ke Jumaat,Lembaga Getah Malaysia memaklumkan harga rujukan getah fizikal bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM20) turun 1.0 sen kepada 743.50 sen sekilogram,manakala lateks pukal susut 1.5 sen kepada 569.50 sen sekilogram. - BERNAMA