Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-01
HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,31 Ogos - Bursa Malaysia dijangka mengekalkan momentum positif pada minggu depan,dengan tumpuan kepada tahap 1,600.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd,Mohd Sedek Jantan,berkata sentimen pasaran kekal kukuh berikutan petunjuk makroekonomi yang semakin memberangsangkan.
Beliau menjangkakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) akan terus menguji tahap itu,disokong oleh pelbagai pemacu daripada faktor domestik,serantau dan global.
Faktor domestik turut dilihat menyokong pasaran,dengan laporan pendapatan korporat minggu lalu secara keseluruhannya memenuhi jangkaan penganalisis,sekali gus mengukuhkan keyakinan terhadap prospek pendapatan pada masa hadapan.