Pelaburan semikonduktor cecah lebih RM100 bilion setakat suku pertama 2025

2025-09-03     HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,3 September- Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) berjaya merekodkan pelaburan domestik berjumlah RM52 bilion setakat suku pertama 2025.

Dalam tempoh sama,pelaburan asing pula mencecah RM49.9 bilion,menjadikan keseluruhan pelaburan industri berkenaan melebihi RM100 bilion.

Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Liew Chin Tong berkata,NSS juga telah membuka lebih 23,000 peluang pekerjaan.

Selain itu,sebanyak 4,557 jurutera dan tenaga teknikal telah menerima latihan khusus di bawah inisiatif tersebut.

“Kementerian melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa berusaha mengenal pasti syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi daripada setiap rantaian bekalan semikonduktor.

Ia melibatkan pembekalan bahan kimia dan material,pembuatan mesin dan peralatan,pemasangan,pengujian dan pembungkusan fabrikasi wafer serta reka bentuk litar bersepadu supaya ekosistem sedia ada lengkap dan lebih kukuh,” katanya.

Beliau menjelaskannya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara,hari ini.

Menerusi NSS,kerajaan menyasarkan penubuhan 10 syarikat Malaysia dalam reka bentuk dan pembungkusan termaju.

Syarikat itu dijangka berupaya meraih pendapatan tahunan bernilai AS$1 bilion.

Pada masa sama,kerajaan turut menyasarkan 100 syarikat semikonduktor berpendapatan tinggi,dengan pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM1 bilion.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.