PM hadiri Perarakan Hari Kemenangan China di Beijing

2025-09-03     HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba Dataran Tiananmen,diiringi isteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

BEIJING,3 September - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Perarakan Hari Kemenangan China di Dataran Tiananmen,bagi memperingati 80 tahun tamatnya Perang Dunia Kedua.

Turut mengiringi beliau,isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Acara bermula pada pukul 9 pagi itu menyaksikan Presiden Xi Jinping menyampaikan ucapan dan memeriksa barisan tentera. Perarakan selama lebih sejam menampilkan 45 formasi dengan kelengkapan senjata terkini.

Atas undangan Presiden Xi,seramai 26 ketua negara dan kerajaan asing turut hadir,termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un. Puluhan ribu rakyat juga membanjiri Dataran Tiananmen,dengan siaran langsung dipancarkan media China.

Datuk Seri Anwar menegaskan,penyertaan Malaysia dalam acara itu mencerminkan komitmen memperkukuh hubungan dengan China,selain menjadi peringatan penting tentang kedaulatan negara.

“Negara harus dihormati kebebasannya,supaya dalam dunia yang agak bercelaru sekarang,sistem yang tidak terkawal termasuk paling parahnya di Gaza,rejim Zionis israel terus mengganas. Pengalaman sambutan perdamaian selepas Perang Dunia Kedua dan cara rakyat China bangkit menentang penjajahan menjadi pengajaran kepada masyarakat kini,khususnya anak-anak muda,” katanya kepada media Malaysia di Beijing.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.