Malaysia kecam Israel guna kebuluran sebagai senjata perang

2025-09-03     HaiPress

Timbalan Menteri Luar,Datuk Mohamad Alamin/ Foto Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR,3 September - Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang menggunakan kebuluran sebagai senjata peperangan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Timbalan Menteri Luar,Datuk Mohamad Alamin berkata,tindakan itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa,termasuk Konvensyen Geneva 1948.

Beliau menegaskan di Dewan Negara,Malaysia akan terus mendesak akauntabiliti terhadap Israel melalui saluran perundangan antarabangsa,termasuk di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Tambahnya,Malaysia turut menyokong kes yang dibawa Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ,serta waran tangkap ICC terhadap pemimpin rejim Zionis.

Malaysia juga akan terus memperjuangkan isu Palestin di pentas antarabangsa,termasuk pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu ke-80 yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.

Malaysia turut menuntut masyarakat antarabangsa,khususnya Majlis Keselamatan PBB,mengambil tindakan konkrit bagi menghalang penindasan dan kekejaman berterusan terhadap rakyat Palestin.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.