PDRM siasat kes buli dan salah laku seksual secara telus

2025-09-03     HaiPress

Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,3 September - Polis Diraja Malaysia (PDRM) serius menangani isu buli dan salah laku seksual dengan memastikan setiap kes disiasat secara telus dan berintegriti.

Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata,semua siasatan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada demi mencari kebenaran dan menegakkan keadilan.

"PDRM menegaskan tiada sebarang penutupan kes.

"Kita siasat semua kes dengan penuh dedikasi,patuh pada prosedur,dan pastikan keadilan ditegakkan," katanya ketika menjawab soalan tambahan,Senator Baharuddin Ahmad di Dewan Negara,mengenai isu peningkatan kes buli dan salah laku seksual,khususnya di institusi tahfiz dan sekolah agama.

Mengulas lanjut,PDRM turut melaksanakan program Pegawai Perhubungan Sekolah di sekolah berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

Sementara itu,pemantauan di pusat tahfiz dijalankan secara proaktif oleh PDRM,termasuk melalui program kesedaran,pemeriksaan berkala dan ceramah berkaitan pencegahan jenayah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.