Kontrak niaga hadapan emas dijangka meningkat menjelang data pekerjaan AS

2025-09-03     HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,1 September – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu ini.

Jangkaan itu didorong oleh laporan senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat yang bakal diumumkan pada Jumaat ini.

Pengarah Urusan SPI Asset Management,Stephen Innes,berkata pasaran sedang bersiap sedia menghadapi laporan pekerjaan yang dijangka lebih lemah,sekali gus memperkukuhkan alasan untuk kadar faedah lebih rendah.

Jelas beliau,keraguan terhadap pendirian Rizab Persekutuan serta kemungkinan barisan penggubal dasar yang lebih cenderung menurunkan kadar faedah memberi tekanan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dan seterusnya menyokong kenaikan harga emas.

Menurutnya,bagi minggu ini,paras sokongan awal dilihat sekitar AS$3,400 seauns troy,manakala paras rintangan pada AS$3,435 seauns troy.

Pada asas mingguan,kontrak niaga hadapan emas bulan semerta Ogos 2025 meningkat kepada AS$3,407.50 seauns troy pada Jumaat lalu,berbanding AS$3,327.30 minggu sebelumnya.

Sementara itu,kontrak September 2025 turut naik kepada AS$3,420.40 seauns troy berbanding AS$3,332.70 sebelumnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.