Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-08
HaiPress

Perlawanan bola tampar persahabatan antara pasukan PERKESO Negeri Perlis dengan Persatuan Wartawan Perlis. / Foto PERKESO Perlis
KANGAR,8 September - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Perlis menganjurkan Program Ramah Mesra Bersama Media sebagai usaha menghargai peranan pengamal media dalam menyebarkan maklumat dan mempromosikan inisiatif agensi itu kepada masyarakat.
Menurut Pengarah PERKESO Negeri Perlis,Ahmad Firdaus Hashim,program yang berlangsung dalam suasana mesra dan santai itu menghimpunkan 10 wakil media daripada pelbagai agensi cetak dan elektronik di negeri ini.
“Program ini bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala antara PERKESO dan media,selain menjadi ruang bertukar pandangan serta memperkukuh kerjasama strategik pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Menariknya,program berkenaan turut diserikan dengan perlawanan bola tampar persahabatan antara pasukan PERKESO Negeri Perlis dengan Persatuan Wartawan Perlis,yang bukan sahaja mencetuskan suasana ceria,malah memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan silaturahim antara kedua-dua pihak.
Dengan penganjuran program seperti ini,PERKESO berharap hubungan erat dan produktif bersama media dapat diperkukuh demi manfaat masyarakat Perlis.
PERKESO Negeri Perlis komited meneruskan kerjasama strategik dengan media sebagai rakan kongsi utama dalam memperluas capaian maklumat serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial.