Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-15
HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,13 September - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Minggu ini,bank pusat itu menjalankan operasi harian dengan melaksanakan tender repo berbalik,tender repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.
Bagi asas mingguan,lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM23.79 bilion pada Jumaat daripada RM19.69 bilion pada Khamis minggu lepas.
Bagaimanapun,dalam sistem Islam,lebihan mudah tunai berkurangan kepada RM14.59 bilion berbanding RM21.40 bilion sebelumnya.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) sebanyak 2.75 peratus pada 11 Sept 2025.- BERNAMA