Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-15
HaiPress

Gambar fail
KUALA LUMPUR,14 September - Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan julat 1580 hingga 1620 mata dalam dagangan sederhana minggu depan,berikutan tempoh dagangan singkat.
Ia juga berikutan tumpuan pelabur terhadap mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid,berkata indeks utama berjaya menembusi paras psikologi 1,600 mata minggu ini susulan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS akan menurunkan kadar faedah pada minggu depan.
Data terbaharu Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang sejajar dengan unjuran membolehkan Fed melonggarkan kadar dasar sebanyak 25 mata asas.
Bagi dagangan mingguan,FBM KLCI menokok 21.98 mata untuk ditutup pada 1,600.13 pada Jumaat,berbanding 1,578.15 pada Khamis minggu sebelumnya.