Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-15
HaiPress

Gambar fail
KUALA LUMPUR,14 September - Ringgit dijangka kekal diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan,sejajar dengan tumpuan pelabur terhadap jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
Pakar ekonomi menjangkakan,mata wang tempatan berpotensi mengukuh selepas menembusi paras 4.20,terutama sekiranya unjuran suku tahunan Rizab Persekutuan (Fed) AS mencerminkan pendirian yang lebih cenderung ke arah pelonggaran dasar monetari.
Ringgit juga berkemungkinan bergerak dalam lingkungan 4.19 hingga 4.21.
Ia memandangkan pasaran terus memberi keutamaan kepada kelemahan pasaran buruh berbanding inflasi yang masih berterusan.
Bagi asas mingguan,ringgit menutup dagangan minggu ini pada paras lebih kukuh berbanding dolar AS,iaitu 4.1975 berbanding 4.2260 pada minggu sebelumnya.