Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-16
HaiPress

Foto hiasan
GERIK,15 September - Mayat seorang bayi ditemui di persisiran Sungai Air Kala,Selat Pagar,di sini pada pukul 2.15 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Gerik,Superintendan Abdul Samad Othman menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan tersebut daripada orang awam.
Berdasarkan maklumat itu,sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik segera ke lokasi dan mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut.
Beliau berkata jantina dan bangsa bayi masih belum dapat dikenal pasti.
Mayat bayi dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh,untuk tujuan bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.