Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-09-16
HaiPress

Foto RTM
DOHA,15 September - Malaysia sambut baik muafakat yang ditunjukkan Qatar serta negara-negara Islam dalam menegaskan kecaman terhadap kekejaman rejim Zionis Israel.
Jelas Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,gesaan semata-mata tidak memadai,sebaliknya perlu disusuli tindakan tegas.
“Antara langkah munasabah yang boleh kita lakukan ialah,pertama,memutuskan segala hubungan diplomatik dengan Israel,sebagaimana yang telah dimulakan oleh beberapa negara Arab.
Kedua,menghentikan semua urusan dagangan dengan Israel,” katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha,hari ini.
Menurut beliau,negara-negara Islam juga perlu menggunakan segala ruang dan kebijaksanaan diplomatik,khususnya dengan negara yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat.
Ini bagi memastikan segala keputusan yang dibuat selari dengan undang-undang antarabangsa,Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta tuntutan kemanusiaan sejagat.
Tegas beliau,isu Gaza bukan lagi sekadar soal Palestin semata-mata,tetapi turut membabitkan negara lain termasuk Qatar,Syria,Iraq,Iran dan Lebanon.
Menurutnya,pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump,sempena Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober depan juga akan dimanfaatkan untuk menyampaikan dengan jelas pendirian Malaysia dalam menuntut keadilan untuk Gaza dan Palestin.